~ ASSALAMU'ALAIKUM & SELAMAT DATANG ~
KOLEKSI PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN, BUSANA MUSLIMAH & KANAK-KANAK, TELEKUNG DAN AKSSESSORI WANITA ISTIMEWA UNTUK ANDA PADA HARGA YANG BERPATUTAN ~

Sila hubungi kami untuk pertanyaan atau pesanan : H/P : 013-3886071 / 012-2210536, Email address : adamhawadshoppe@gmail.com

~SEKAPUR SIRIH~

Selamat datang ke website kami. Kami adalah diantara usahawan yang bergerak di dalam bidang perniagaan bebas. Kini, dengan bantuan internet kami ingin memudahkan anda dalam mencari produk kesihatan dan kecantikan, pakaian wanita, busana muslimah, pakaian kanak-kanak, akssessori wanita dan berbagai lagi produk dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang dijamin.
Semoga anda berpuas hati....

Mengenai Kami

Assalamu'alaikum dan selamat datang, AdamHawa D'Shoppe adalah merupakan usahasama Puan Zahariah Alias dan Syamsidah Adnan sebagai permulaan berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan berasaskan talian internet. Kami adalah diantara ratusan ribu usahawan internet yang ingin mengorak langkah di dalam bidang perniagaan secara berdikari dengan berbekalkan semangat dari suami, ahli keluarga serta rakan-rakan. AdamHawa D'Shoppe adalah merupakan idea dari pasangan kami sempena sekuel popular kegemaran ramai siri Adam Hawa di TV3. Bermula dari situ kami bersetuju untuk menggunakan judul tersebut sebagai jenama syarikat kami. AdamHawa D'Shoppe telah berdaftar dan disenaraikan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) pada 17 Januari 2013. Diantara produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah produk kesihatan dan kecantikan, pakaian wanita, busana dan jubah muslimah, pakaian kanak-kanak, akssessori wanita, beg tangan wanita dan berbagai lagi. Memandangkan kami baharu bermula di dalam bidang perniagaan serta dengan modal yang kecil, kebanyakan produk kami masih kekurangan tetapi akan ditambah dari masa ke semasa. Kami amat mengalu-alukan perkongsian idea dari teman-teman iaitu diri anda sendiri atau mentor-mentor senior yang telah berjaya di dalam bidang ini agar sudi memberikan tips-tips yang berguna untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami. InsyaAllah, kami tidak akan melupakan jasa kalian jika suatu hari nanti kita bersama-sama mengecapi kejayaan di dalam bidang perniagaan ini dan bergelar usahawan yang berjaya... Selamat melayari laman blog AdamHawa D'Shoppe dan selamat membeli belah....