Ia adalah kapsul serbaguna untuk wanita yang sangat berkuasa (powerful) dan sangat berkesan (effective) kerana ia dirumus dengan ramuan 2 herba terbaik untuk wanita iaitu Pueraria Lobata (Ge-gen) dan Radix Angelica Sinensis (Dong Quai).
Lobata 500 mempunyai kandungan Pueraria Lobata atau Ge-gen sebanyak 300 mg (iaitu 7.5 kali ganda lebih dari Pueraria Lobata di dalam Gegan Root Plus) dan kandungan ekstrak Dong Quai sebanyak 200 mg.
Kedua-dua herba tersebut telah digunakan sekian lama secara meluas di dalam perubatan tradisional Cina dan Antarabangsa, khusus untuk keperluan kesihatan dan kecantikan badan wanita. Lobata 500 adalah 100% herba semulajadi tanpa tambahan tepung, bahan kimia, pewarna mahupun pengawet. Ia sangat selamat dan dikeluarkan oleh pengilang bertauliah ISO 9001 dan mempunyai status GMP.
KEPENTINGAN ESTROGEN UNTUK WANITA
Estrogen ialah hormon semulajadi badan wanita yang dihasilkan oleh sel-sel daripada ovari, glan adrenal dan lemak. Ia berfungsi untuk memelihara sistem reproduktif wanita iaitu rahim, kesuburan, peranakan termasuk payudara.
Semasa remaja: Estrogen diperlukan oleh badan pada waktu tumbesaran dan keremajaan untuk membina ciri-ciri kewanitaan seperti pembentukan badan dan payudara. Rendahnya penghasilan estrogen pada waktu tumbesaran remaja menyebabkan pembentukan bentuk badan menjadi kurus dan tidak menarik serta payudara yang kecil, leper dan rata.
Untuk wanita dewasa: Pertambahan usia akan memperlahan dan mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan. Tahap estrogen yang rendah akan mengganggu keseluruhan sistem dan fungsi badan serta menjadikan imunisasi badan semakin lemah.
Kurangnya estrogen dalam badan juga menjadi punca proses penuaan, kekenduran kulit dan payudara, osteoporosis, ketidaksuburan, kekeringan dibahagian vagina, atropic vaginitis dan risiko sakit jantung.
Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes), emosi yang berubah dan tekanan.
Estrogen juga amat penting untuk mengawal kitaran haid dan kesuburan wanita. Penghasilan estrogen yang tidak menentu juga adalah punca yang menyebabkan penyakit Sindrom Sebelum Haid (PMS) dan Ketegangan Sebelum Haid (PMT).
Perkara-perkara di atas menunjukkan kepentingan estrogen terhadap sistem badan wanita. Ketidak seimbangan hormon dalam badan dan kehilangan estrogen akibat pertambahan usia perlu diganti semula melalui kaedah yang selamat dan berkesan. Kaedah yang selamat, mudah dan berkesan adalah melalui sumber semulajadi, seperti tumbuhan.
Kajian telah membuktikan bahawa phytoestrogen dari tumbuhan adalah agen terbaik untuk menambah dan menggantikan semula estrogen yang hilang dari tubuh wanita. Antara tumbuhan yang mempunyai phytoestrogen untuk menghasilkan kesan yang serupa dengan estrogen tersebut ialah Pueraria Lobata atau Ge-gen. Phytoestrogen di dalam Pueraria Lobata sangat berguna untuk tujuan di bawah :
Kompaun aktif dalam Pueraria Lobata dapat bertindak sebagai anti-oksida untuk mengganti kehilangan estrogen asal dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
Membantu memperbaiki simptom menopaus, mengurangkan kesakitan yang dialami akibat masalah menopaus dan hot flushes, dengan ciri-ciri menyeimbangkan hormonnya. Ia juga menyediakan nutrien untuk mengurangkan kesan perubahan psikologi dan fisikal akibat proses menopous.
Membantu mendapatkan bentuk tubuh badan yang cantik, payudara yang lebih tegang, besar dan montok pada gadis-gadis remaja serta menegangkan kulit dan bentuk badan kepada wanita yang telah berumur.
Membantu mengurangkan vagina atropi, dan kekeringan di bahagian vagina. Ia juga amat baik untuk wanita yang telah membuat pembedahan membuang ovari dan uterus (hysterectomy).
Membantu mengaktifkan penggantian sel-sel baru pada membran vagina, mendorong penghasilan sel-sel baru, dan mengurangkan kegatalan.
Kajian epidermiological menunjukkan kanser payudara pada wanita di China dan Jepun adalah 15 kali lebih jarang berlaku apabila dibandingkan wanita-wanita barat. Ini telah dikaitkan dengan pengambilan tumbuhan-tumbuhan di Asia yang banyak terdapat phytoestrogen di dalamnya seperti Lobata atau Ge-gen.
Isoflavone juga mempunyai ciri-ciri mencegah kanser payudara.
DONG QUAI
Selain dari Pueraria Lobata yang kaya dengan hormone tumbuhan phytoestrogen, Dong Quai juga dipercayai mempunyai sifat “adaptogenic” (menyeimbangkan) hormon wanita. Secara tradisi, ia lebih dikenali sebagai “ginseng wanita”. Ia adalah herba untuk wanita yang paling dikagumi di China , dan semakin popular serta digunakan secara meluas di seluruh dunia masa kini.
Dong Quai adalah sejenis akar tumbuhan herba yang tumbuh di kawasan lembab pergunungan, di tepian sungai dan kawasan pantai terutamanya di Negara China dan Korea .
Kajian secara klinikal dan farmasi telah mula dibuat seawall 1920-an yang menunjukkan Dong Quai kaya dengan Vitamin B12 dan Vitamin E, selain mempunyai semua kebaikan dari segi penggunaannya sebagai tonik untuk wanita.
Semenjak berabad dahulu, Dong Quai telah digunakan di Korea dan China untuk membantu pelbagai masalah wanita seperti :
Menambah darah dan melancarkan perjalanan darah.
Mengurangkan “hot flushes” ketika menopous
Mengubati “insomnia” dan menstabilkan tekanan darah
Mengurangkan PMS, mengubati dismenorrhea (kesakitan haid), amenorrhea (ketidakhadiran haid), menorrhagia (kitaran haid tidak normal), mengawal kitaran haid, pendarahan uterine, kesakitan abdomen selepas melahirkan anak.
Mengubati hepatitis dengan cara membekalkan lebih oksigen kepada paru-paru, merendahkan kadar degupan jantung.
Digunakan secara tradisi untuk mengubati anemia, arthiris, migrain, penyakit kardio-vaskular, menghasilkan sel darah, mengatasi masalah sembelit.
Memudahkan proses bersalin dan membantu proses penyembuhan.
Menambah syahwat.
FUNGSI
Membantu meningkat, memelihara dan seimbangkan HORMON WANITA.
Membantu memberi pertumbuhan dan saiz payudara yang menarik semasa remaja
Membantu menegang dan melambatkan pengenduran serta pengecutan payudara
Membantu membentuk kontur badan menarik dan lekuk penuh feminine
Membantu memelihara SISTEM REPRODUKTIF iaitu rahim, kedatangan haid, kesuburan dan peranakan wanita.
Membantu memperbaiki simptom menopause seperti melambatkan proses menopause dan mengurangkan kesakitan yang dialami akibat menopause seperti ‘hot flushes’ dan sebagainya.
Memberi keseimbangan kepada rembesan cecair vagina, melembabkan yang kering dan mengeringkan yang basah.
Membantu menambah syahwat dan keinginan seks wanita
Membantu wanita yang telah menopause dengan membekalkan hormon alternatif dari tumbuhan untuk mengurangi masalah seperti kekeringan vagina, kurang bernafsu, panas baran dan sebagainya.
Membantu menyumbang hormone alternatif kepada wanita yang telah menjalani pembedahan pembuangan rahim (hysterectomy)
Membantu menegangkan kulit dan memberi AWET MUDA.
KANDUNGAN
PUERARIA LOBATA:
Pueraria Lobata adalah nama botani bagi herba tradisional yang telah berkurun lamanya digunakan oleh pengamal perubatan Cina. Ia adalah spesis tumbuhan tutup bumi yang juga dikenali sebagai Ge-gen dalam bahasa Cina. Lobata atau Ge-gen berasal dari Jepun namun ia boleh juga didapati di beberapa negara seperti bahagian Utara Cina , Korea dan Thailand .
Kajian menunjukkan Pueraria Lobata atau Ge-gen kaya dengan hormon tumbuhan yang digelar isoflavone (juga dikenali sebagai phytoestogen).
Phytoestrogen atau isoflavone dikatakan mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan hormon tubuh wanita iaitu estrogen. Isoflavone atau phytoestogen dapat memberi kesan untuk menjana hampir kesemua fungsi badan yang diaktifkan oleh estrogen dalam badan wanita.
PENGGUNAAN
Sesuai untuk semua wanita, bermula gadis 16 tahun ke atas
Terbaik untuk wanita berkahwin terutama selepas berhenti menyusukan anak bagi mengelakkan pengecutan dan kekenduran payudara.
Terbaik untuk wanita selepas 30an, 40an dan 50an bagi mengekalkan lekuk badan menawan serta menyediakan nutrient untuk melambatkan proses menopause.
Perlu diambil oleh wanita yang telah pun mengalami menopause.
Gadis di bawah 15 tahun, kanak-kanak dan bayi tidak dibenarkan mengambil produk ini.
Ibu mengandung tidak dibenarkan mengambil produk ini kerana tidak mahu mengganggu perubahan sel badan & payudara yang berlaku secara semulajadi akibat proses kehamilan. Juga ibu yang menyusukan anak (terutama jika anak lelaki) kerana tidak mahu hormon wanita memasuki badan bayi melalui air susu.
Juga tidak boleh diambil oleh wanita yang disahkan doktor mempunyai masalah tumor, fibroid atau kanser, kerana sel 3 penyakit tersebut berkait rapat dengan sel semulajadi badan yang mungkin menyebabkan sel penyakit bertambah aktif jika sel badan diaktifkan oleh keseimbangan hormon.
ATURAN PENGAMBILAN
3 bulan pertama : Dua kapsul sehari selepas makan sebaiknya waktu pagi.
Selepas 3 Bulan : Satu kapsul sehari selepas makan sebaiknya waktu pagi.
Selepas 6 bulan : untuk tujuan maintenance, boleh jarakkan kekerapan. Contoh : 1 kapsul selang sehari atau 2 kapsul setiap 3 hari
RAMUAN
Akar Lobata/ Gegan (Radix PuerariaLobata)......300mg.........60%
Akar Dong Quai (Redix Angelica Sinensis)..........200mg..........40%
KANDUNGAN :
500mg x 30 kapsul
KELULUSAN PRODUK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
MAL No: MAL 20031883T
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .
Dikeluarkan oleh pengilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice).
Tanpa sebarang campuran bahan kimia, pengawet atau pewarna.
Tanpa sebarang kesan sampingan.SIMPLY ALL NATURAL.
SOAL JAWAB PRODUK
Bagaimana untuk mendapat kesan paling maksimum?
Untuk mendapatkan lebih keberkesanan bagi payudara yang cantik, tegang, montok dan lebih besar, pengguna digalakkan mengambil Set Penjagaan Payudara 3-Langkah BodyBeauty bersama dengan produk Gegan Root Plus. Gegan Root Plus dihasilkan dari ekstrak herba semulajadi Pueraria Lobata, sejenis lagi tumbuhan herba yang juga telah terbukti berkesan untuk menegangkan, membesarkan dan mencantikkan payudara, selain daripada mempunyai sifat menyeimbangkan hormon estrogen wanita. Pengambilan kedua-dua produk akan memberikan cara lengkap dan menyeluruh, dari luar dan dalam untuk memiliki payudara idaman.
Siapa yang tidak boleh menggunakan BodyBeauty dan Gegan Root Plus?
Wanita yang sedang mempunyai masalah tumor atau ketumbuhan di bahagian uterus, payudara dan ovari atau masalah kelenjar tiriod, wanita mengandung dan menyusukan anak, gadis di bawah umur 16 atau yang belum mendapat haid pertama.
Berapa lama kesan daripada pengambilan krim ini boleh dilihat dan apakah cara untuk memastikan saiz idaman yang berkekalan?
Secara purata, krim ini akan mengambil masa 1 hingga 3 bulan untuk benar-benar menampakkan hasilnya, manakala Gegan lebih cepat, antara 3 minggu ke atas. Selepas mendapat saiz yang diingini, gunakan BodyBeauty 3 - 4 kali seminggu untuk mengekalkannya.
Adakah ianya selamat?
YA, kerana bahan kandungan aktif di dalam BodyBeauty dan Gegan adalah 100% semulajadi dan tiada kesan negatif ditemui ketika kajian klinikal dijalankan terhadap wanita.
Apakah rasa/kesan yang boleh dirasai apabila menggunakan keduanya?
Selepas 2 hingga 4 minggu, pengguna mungkin akan merasai sedikit kesan denyutan di bahagian payudara akibat rangsangan awal pertumbuhan dan pembentukan payudara
Berapa lamakah BodyBeauty & Gegan Root Plus perlu diambil?
BodyBeauty diformulasikan untuk wanita. Tiada kajian dilakukan untuk mengkaji keberkesanannya terhadap lelaki. Namun ada daripada golongan khunsa (pondan) yang menggunakan krim BodyBeauty mendapat kesan yang positif.
Berapa Besarkah Saiz Payudara Akan Membesar?
Hasil dan keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Tahap pembesaran payudara adalah antara 1/2 sehingga 3 saiz cakuk penuh bra.